Rabu, 1 April 2009

Penggredan kayu gaharu

Pelbagai jenis kayu diniagakan berdasarkan gred-gred tertentu yang diklasifikasikan mengikut kandungan resin dalam kayu. Proses penggredan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang berpengalaman. Tiada teknik khusus yang dipraktikkan sehingga hari ini. la dilakukan melalui pemerhatian dan timbangan berat.

Gaharu adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau “stress” samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Kayu yang mempunyai kandungan resin yang sedikit akan diproses bagi mendapatkan minyaknya dan boleh dijual dengan harga yang lebih baik. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi. Gaharu secara tradisinya telah digunakan berkurun dahulu di India, Timur Tengah dan Timur Jauh. Dari segi perubatan didakwa bahawa gaharu boleh digunakan sebagai ubat anti kanser, digunakan selepas bersalin dan sakit perut.

Manual ini dhasilkan berdasaran kajian awal yang telah dijalankan selama 2 tahun di Institut Nuklear Malaysia dan juga maklumat yang telah dikumpul dari pelbagai sumber. Manual ini tidak bo/eh dijadikan panduan mutlak untuk semua kondisi dan tempat penanaman. Kajian terhadap tanah, topografi dan keadaan persekitaran adalah perlu bagi sebarang projek perladangan yang akan dijalankan.

Di Malaysia, gaharu juga dikenali dengan panggilan depu, kekeras dan kepang; gaharu atau gahru (Indonesia); agarwood, eagle wood, Malayan aloe wood (England); calambac. calambour (Perancis); jinkoh (Jepun); Dud (Arab); chennxlang (China); agaru (India); and tram hurong (Vietnam).