Rabu, 1 April 2009





PENGENALAN GAHARU

Gaharu
adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau stress samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin dalam pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupak an kelebihan yang menjadikan

pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi Menyedari tentang potensi gaharu sebagai satu sumber ekonomi baru di Malaysia terutamanya kepada penduduk luar bandar, Nuklear Malaysia sebagai sebuah pusat penyelidikan telah mengambil langkah-langkah proaktif menjalankan penyelidikan berteraskan teknologi nuklear ke atas bahan ini.