Rabu, 1 April 2009

Penanaman

Bagi penanaman yang dijalankan berdasarkan pendekatan tanam rapat, jarak penanaman permulaan adalah 6 kaki x 10 kaki dimana dianggarkan sebanyak 800 pokok boleh ditanam bagi setiap ekar dan selepas peringkat seterusnya iaitu selepas 8-10 tahun (p.enjarangan) jarak antara pokok adalah sekitar 10 kaki x 10 kaki dan jumlah pokok adalah sekitar 400 pokok. Sekiranya pendekatan integrasi dilaksanakan, jarak tanaman adalah 8 kaki x 10 kaki. Walaubagaimanapun jarak ini juga adalah bergantung kepada jenis tanaman yang digunakan.

Anak pokok gaharu yang berketinggian kira-kira 3 kaki ditanam di dalam lubang yang disediakan bersaiz 1.5 kaki x 1.5 kaki x 1.5 kaki. Anak pokok yang ditanam perlu terus disiram air pada pangkal pokok dan dipadatkan sedikit tanah disekelingnya. Pemindahan pokok dari polibag ke tanah ladang perlu dilakukan dengan cermat supaya tanah asal dari polibag tidak terganggu atau mencederakan akarnya. Bagi mendapatkan hasil pertumbuhan yang lebih cepat, sebelum anak pokok ditanam, lubang akan dimasukkan kompos dan baja rock phosphate serta digemburkan tanahnya.