Rabu, 1 April 2009





PENGENALAN GAHARU

Gaharu
adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau stress samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin dalam pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupak an kelebihan yang menjadikan

pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi Menyedari tentang potensi gaharu sebagai satu sumber ekonomi baru di Malaysia terutamanya kepada penduduk luar bandar, Nuklear Malaysia sebagai sebuah pusat penyelidikan telah mengambil langkah-langkah proaktif menjalankan penyelidikan berteraskan teknologi nuklear ke atas bahan ini.

Anggaran Ekonomi Setiap Ekar Penanaman

Perincian kos dan keuntungan bagi setiap ekar penanaman karas masih di dalam peringkat kajian, walaubagaimanapun secara kasarnya kos yang dianggarkan adalah sekitar RM100,000.00 selama 6 tahun untuk seekar dan boleh menghasilkan pendapatan kasar minimum sejumlah RM1 juta. MAKSIMA 5 JUTA

Analisis Kewangan

Secara amnya dua produk utama dihasilkan daripada resin yang terbentuk di dalam pokok karas ini iaitu kayu gaharu pelbagai gred dan minyak gaharu yang diekstrak dari kayu gaharu gred rendah. Biasanya kayu gaharu akan dibakar terus bagi mendapatkan bauannya manakala minyak gaharu akan dicampur dengan minyak wangian lain seperti attar. Harga semasa kayu gaharu adalah daripada RM5 hingga RM17 ribu sekilo manakala minyak dijual dengan harga RM300/12ml. Secara kasar proses pengekstrakkan gaharu adalah seperti proses dibawah:

Pengenalpastian Pokok Beresin

Resin gaharu yang terhasil di dalam batang pokok karas, samada penghasilan melalui aruhan atau secara semulajadi adalah sukar untuk dikenalpasti kedapatannya. Seberapa ciri-ciri luaran pokok dikenalpasti menunjukkan tandaatanda pokok karas tersebut mempunyai kandungan resin. Kaedah atau teknik ini telah digunapakai oleh pencari gaharu sebelum menakik(memeriksa) atau menebang. Ciri-ciri luaran yang dipertimbangkan adalah seperti berikut:

a. rumpun yang tidak subur dan dahan mengusut.
b. Satang merekah, kering dan membengkak
c. Kedapatan semut atau lubang-Iubang semut pada batang
d. Satang kayu dibawah kulit bertukar dari warna kekuningan ke warna coklat.
e. Keseluruhan pokok menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan menunjukkan biasanya bahagian pucuk pokok telah mati dan mereput.

Walaubagaimanapun kaedah pengenalpastian secara pemerhatian luaran ini tidak dapat memberi jangkaan kuantiti dan kualiti resin yang terbentuk secara tepat. Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pengenalpastian resin ini dan berhasrat untuk membangunkan alat yang boleh digunakan dalam pengenalpastian yang lebih cekap dan tepat.

Penghasilan Resin

Penghasilan gaharu daripada batang pokok Karas tidak begitu difahami. Kebiasaannya penghasilan gaharu adalah disebabkan :-
- beberapa kecederaan pokok atau tindakbalas ‘immune’ oleh pokok yang cedera;
- serangan kulat;
- kedua-dua dari kecederaan pokok dan serangan kulat.
Secara prinsipnya, 2 kaedah dalam pengeluaran gaharu iaitu:-
- kaedah konvensional (melibatkan takikan parang); dan
- kaedah bukan konvensional (melibatkan inokulasi buatan atau inoculant) .

Kawalan Serangga dan Penyakit

Suat masa ini, perladangan pokok karas didapati tidak menghadapi risiko serangan pengakit atau serangga yang serius, walaubagaimanapun, sejenis serangga (scale insect) boleh menyebabkan kematian pokok karas yang banyak. Serangan ini boleh dikenalpasti apabila batang atau daun pokok karas terdapat bahan seperti kulat atau kapas berwarna keputihan. Serangan ini akan menyebabkan batang dan daun karas menjadi kering. Sekiranya terdapat pokok yang diserang oleh serangga ini, kawalan perlu dilakukan dengan cepat seperti menyembur racun

Pembajaan

Pembajaan baja inorganik tidak diperlukan pada tahun pertama penanaman. Penggunaan baja organik atau kompos seperti tahi lembu boleh digunakan dengan digaulkan dengan tanah terlebih dahulu dan diletakkan di dalam lubang sebelum ditanam anak pokok. Meletakkan tahi lembu secara terus perlu dielak.

Sagi setiap lubang, dimasukkan sejumlah 10-15 kg kompos. Penggunaan baja bio juga adalah digalakkan dan disarankan aplikasinya adalah sejumlah 3 kg/pokok/tahun pada tahun pertama dan 5 kg pad a tahun kedua sehingga tahun kelima. Sagi mendapatkan pertumbuhan yang maksimum, pembajaan baja inorganic boleh diberikan pada tahun kedua dan seterusnya dimana NzPzOs dan KzO pad a nisbah 10: 1 0:4 akan digunakan mengikut jumlah berikut dan biasanya dipecahkan kepada dua kali aplikasi setahun:

Tahun kedua Tahun ketiga 200g/pokok/tahun

Tahun keempat dan seterusnya 300g/pokok/tahun 500g/pokok/tahun

Aplikasi baja ini digalakkan sebelum dan selepas musim hujan kerana pembajaan pada masa tersebut juga boleh membantu didalam penghasilan resin gaharu. Walaubagaimanapun, pokok karas didapati pertumbuhannya adalah baik walaupun tanpa pembajaan selepas 3 tahun.

Penjagaan

Tanah disekeliling pokok karas perlu digemburkan setiap 3-4 bulan. Pembajaan juga akan dilakukan semasa kerja menggembur ini dan dicadangkan sekerap dua kali setahun pada tahun pertama dan sekali setahun pada tahun kedua dan seterusnya. Pokok karas terutamanya anak pokok adalah makanan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Keperluan kepada pemasangan pagar adalah penting sekiranya masalah ini berlaku. Walaubagaimanapun, selepas 4-5 tahun umur pokok, haiwan ternakan boleh dilepaskan di dalam ladang karas ini. Setiap pokok yang mati perlu diganti pada tahun penanaman yang sama bagi memudahkan pengurusan ladang dan sekiranya perlu dibuat pada tahun kedua. anak pokok yang hampir sama dengan saiz pokok yang ada di ladang perlu dipilih.

Penanaman

Bagi penanaman yang dijalankan berdasarkan pendekatan tanam rapat, jarak penanaman permulaan adalah 6 kaki x 10 kaki dimana dianggarkan sebanyak 800 pokok boleh ditanam bagi setiap ekar dan selepas peringkat seterusnya iaitu selepas 8-10 tahun (p.enjarangan) jarak antara pokok adalah sekitar 10 kaki x 10 kaki dan jumlah pokok adalah sekitar 400 pokok. Sekiranya pendekatan integrasi dilaksanakan, jarak tanaman adalah 8 kaki x 10 kaki. Walaubagaimanapun jarak ini juga adalah bergantung kepada jenis tanaman yang digunakan.

Anak pokok gaharu yang berketinggian kira-kira 3 kaki ditanam di dalam lubang yang disediakan bersaiz 1.5 kaki x 1.5 kaki x 1.5 kaki. Anak pokok yang ditanam perlu terus disiram air pada pangkal pokok dan dipadatkan sedikit tanah disekelingnya. Pemindahan pokok dari polibag ke tanah ladang perlu dilakukan dengan cermat supaya tanah asal dari polibag tidak terganggu atau mencederakan akarnya. Bagi mendapatkan hasil pertumbuhan yang lebih cepat, sebelum anak pokok ditanam, lubang akan dimasukkan kompos dan baja rock phosphate serta digemburkan tanahnya.

Teduhan

Anak pokok karas yang baru ditanam perlu dilindungi daripada panas terik bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mengurangkan jumlah mati. Anak pokok ini perlu teduhan 50% sehingga berumur en am bulan dan 25% selepas enam bulan sehingga satu tahun. Selepas satu tahun pokok ini akan didedahkan sepenuhnya kepada matahari dan ini akan mempercepatkan pertumbuhannya.

Masa Penanaman

Sifat anak pokok karas yang memerlukan keadaan yang agak lembab merupakan faktor yang perlu diambil berat semasa penanaman dijalankan bagi memperolehi jumlah pokok hidup yang tinggi. Masa terbaik untuk penanaman adalah pada musim hujan atau tengkujuh iaitu pada bulan November hingga Januari. Walaubagaimanapun sekiranya penanaman perlu dijalankan diluar pada masa tersebut, sistem pengairan atau siraman yang baik perlu disediakan. Namun perlu diberi penekanan bahawa pokok karas tidak dapat hid up dikawasan air bertakung, oleh itu sekiranya penanaman perlu dilakukan dikawasan ini, sistem perparitan yang baik perlu dibuat.

Susun Atur Lapangan

Pokok karas adalah tumbuhan hutan untuk perladangan jangka panjang. Projek perladangan karas yang akan memberi keuntungan yang lebih adalah apabila pengusaha ladang berkemampuan untuk membiarkan pokok karas tumbuh dengan lebih lama. Kitaran yang pendek ladang karas hanya akan menghasilkan resin berkualiti dan berkuantiti yang rendah dan hanya boleh diproses untuk mendapatkan minyak gaharu. Secara amnya, perladangan karas boleh dilaksanakan secara dua pendekatan iaitu:

a. jarak penanaman yang lebih luas dan mengintegrasikan dengan tanaman lain yang boleh memberi hasil dengan masa yang lebih sing kat.

b. jarak tanaman yang lebih rapat dan dituai hasilnya dalam 2-3 fasa berasingan diniana tuaian ini dibuat sebagai kaedah penjarangan dan ini akan membolehkan pokok yang tinggal akan tumbuh dengan lebih besar dan memberikan hasil yang lebih tinggi.

Kaedah bagi menghasilkan anak benih daripada biji adalah seperti berikut

Anak benih samada daripada pengumpulan daripada hutan atau dari semaian anak benih atau keratan batang perlu dipindahkan di dalam polibag berisi campuran tanah berorganik tinggi bernisbah 1 :2:2 (pasir: tanah: organik). Polibag yang berisi anak benih perlu dialihkan selalu apabila akarnya telah menembusi polibag sekiranya tidak ditanam di ladang. Alihan ini perlu dijalankan secara berhati-hati iaitu dengan menjirus air pada akar supaya tidak mencederakan bahagian akarnya.

Propogasi

Pokok karas boleh dibiak seeara biji benih walaubagaimanapun, akibat kedapatan biji benihnya yang agak sukar, pengurusan pusat pembiakan yang baik perlu supaya biji benih yang diperolehi tidak rosak. Di Malaysia, kaedah pengumpulan anak-anak pokok dari hutan telah dijalankan dan kaedah ini merupakan kaedah yang paling baik bagi memperolehi anak benih dengan banyak dan kaedah ini memberikan kadar hidup yang tinggi selepas disemai. Kaedah keratan batang juga boleh dijalankan menggunakan ranting pokok karas bertunas panjang 2 hingga 3 inci dan hormon penggalak akar digunakan. Kaedah pembiakan seeara kultur tisu yang merupakan satu kaedah yang terbaik bagi mendapatkan benih yang seragam dan dari veriati terbaik sedang dijalankan penyelidikannya di Agensi Nuklear Malaysia.

Deskripsi Botani

Pokok karas tumbuh sehingga 20 ke 40 meter tinggi dan diameter batangnya boleh meneeeah sehingga 60 em. Batang pokok karas muda berwarna kelabu terang manakala batang pokok yang telah tua lebih licin dan berwarna keputihan. Kayu pokok karas yang tidak beresin berwarna putih, ringan dan lembut manakala kayu beresin berwarna hitan, berat dan keras. Oaun pokok karas adalah bersilang, berbentuk elip dan berserat. Lebar daun yang matang adalah antara 3 hingga 4 em dan panjangnya antara 6 hingga 8 em. Pokok karas akan mula berbuah apabila berumur selepas 5-6 tahun dan terdapat dua biji benih bagi setiap buah yang dihasilkan. Walaubagaimanpun pokok karas ini sangat sukar dijangkakan keupayaannya untuk berbuah seeara tetap pad a setiap tahun.

Habitat dan Taburan

Pokok karas atau A. malaccensis ini mudah dijumpai di hutan-hutan primer dan sekunder di beberapa negara iaitu Malaysia, Myarmar, India, Indonesia dan Filipina. Taburan pokok ini adalah pad a sekitar ketinggian 0 hingga 800 meter di atas paras laut. Tumbuh subur pada persekitaran lembab iaitu kawasan yang mengalami hujan tahunan antara 2000mm hingga 3000mm setahun dan suhu antara 20 hingga 35°C. Pokok karas mampu hidup pada kondisi tanah yang tidak terlalu subur dan biasanya pada tanah jenis liat berpasir dan bersaliran baik. Oi Malaysia, pokok karas biasanya ditemui hidup di hutan semulajadi di kawasan cerun dan berbukit. Seeara amnya pokok karas hidup subur di kawasan yang sedikit lembab dan tanah yang bersaliran baik serta sedikit berasid. Walaupun pokok karas ini tumbuh di persekitaran hutan, ia memerlukan eahaya yang meneukupi untuk tumbuh dengan baik.

Perbagai Spesis

Pokok karas yang juga dikenali sebagai pokok depu oleh sebahagian penduduk di utara Malaysia (Aquilaria malaccensis Lam.) adalah dari famili Thymelaeaceae dan terdapat lebih daripada 20 spes is yang berkaitan dengan genus Aquilaria ini. Di Malaysia terdapat lima (5) spesis utama iaitu A. malaccensis (gaharu. karas atau depu). A. microcarpa(garu), A. hirta(candan), A. rostrata dan A beccariana (gaharu tanduk). Walaubagaimanapun spesis yang disarankan untuk perladangan adalah spesis A. malaccensis atau A hirta. Antara spesis-spesis Aquilaria yang terdapat di negara lain adalah A. crassna (Indochina) dan A. sinensis (China Selatan atau Taiwan) manakala dipercayai spesis A. agal/acha Roxb (India) adalah sinonim dengan A. malaccensis.

Penggredan kayu gaharu

Pelbagai jenis kayu diniagakan berdasarkan gred-gred tertentu yang diklasifikasikan mengikut kandungan resin dalam kayu. Proses penggredan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang berpengalaman. Tiada teknik khusus yang dipraktikkan sehingga hari ini. la dilakukan melalui pemerhatian dan timbangan berat.

Gaharu adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau “stress” samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Kayu yang mempunyai kandungan resin yang sedikit akan diproses bagi mendapatkan minyaknya dan boleh dijual dengan harga yang lebih baik. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi. Gaharu secara tradisinya telah digunakan berkurun dahulu di India, Timur Tengah dan Timur Jauh. Dari segi perubatan didakwa bahawa gaharu boleh digunakan sebagai ubat anti kanser, digunakan selepas bersalin dan sakit perut.

Manual ini dhasilkan berdasaran kajian awal yang telah dijalankan selama 2 tahun di Institut Nuklear Malaysia dan juga maklumat yang telah dikumpul dari pelbagai sumber. Manual ini tidak bo/eh dijadikan panduan mutlak untuk semua kondisi dan tempat penanaman. Kajian terhadap tanah, topografi dan keadaan persekitaran adalah perlu bagi sebarang projek perladangan yang akan dijalankan.

Di Malaysia, gaharu juga dikenali dengan panggilan depu, kekeras dan kepang; gaharu atau gahru (Indonesia); agarwood, eagle wood, Malayan aloe wood (England); calambac. calambour (Perancis); jinkoh (Jepun); Dud (Arab); chennxlang (China); agaru (India); and tram hurong (Vietnam).

Potensi gaharu di Malaysia pada masa hadapan

Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami cuaca tropika yang sesuai untuk penanaman pokok gaharu bagi perlaksanaan projek-projek perladangan gaharu.
Produk gaharu dari Malaysia terkenal dengan mutu resin dan minyaknya yang tinggi dan masih terdapat sumber asli yang mudah diperolehi.
Para penyelidik Malaysia sedang giat menjalankan
penyelidikan dalam penghasilan resin gaharu secara aruhan.

Projek pertanian atau perhutanan ini adalah seiring dengan dasar kerajaan ke arah bioteknologi dan disokong penuh oleh pihak kerajaan. Industri gaharu mampu berperanan sebagai sumber ekonomi baru kepada penduduk luar bandar dan boleh dijadikan salah satu mekanisme ke arah pembasmian kemiskinan.

Cabaran dalam industri gaharu

Secara amnya cabaran utama di dalam industri gaharu di Malaysia adalah kekurangan maklumat dalam mengemaskini peraturan penuaian gaharu yang lebih efektif dan berkekalan didalam Hutan Asli. Selain daripada itu, pengetahuan yang minima dalam usaha untuk memastikan pengeluaran gaharu yang berkekalan secara in-situ dan ex-situ termasuk aktiviti perolehan bahan tanaman, pemeliharaan dan regim pengurusan perladangan merupakan cabaran yang dikenalpasti. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga masih belum meluas dalam aspek-aspek :- Pembaikbiak bakaan pokok; Ketidakpastian kedapatan gaharu di dalam batang pokok karas, Kaedah penghasilan gaharu yang berg red tinggi, Pembangunan produk berasaskan gaharu.

Satu kertas laporan tentang isu-isu dan cabaran industri gaharu di Malaysia telah disediakan oleh pihak MINT, hasil daripada kajian yang telah dibuat pada tahun 2005.

Kegunaan gaharu

Gaharu digunakan terutamanya sebagai minyak wangi dan minyak asas bagi penyediaan wangian terbitan. Kayu gaharu yang dibakar mengeluarkan asap wangian yang digunakan sebagai dalam majlis keagamaan pelbagai kepercayaan agama. Terdapat syarikat wangian terkenal telah menggunakan minyak gaharu sebagai rumusan wangian iaitu YSL no. 7. Gaharu juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lelah dan sakit perut. (Cites. 2005)

Pasaran gaharu dunia

Gaharu merupakan sejenis resin yang telah diketahui umum mempunyai nilai yang tinggi dimana nilai kayunya boleh mencapai sehingga RM15,000.00/kg manakala nilai minyaknya boleh mencecah RM50,000.00/kg. Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara asia tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia. Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta,

walaubagaimana pun jumlah ini dianggarkan hanyalah memenuhi sekitar 20% daripada permintaan sebenar gaharu dunia. Adalah dijangkakan bahawa transaksi gaharu boleh mencecah sehingga RM3 billion sekiranya sumber yang secukupnya mampu dibekalkan.

Harga semasa

Terdapat 27 gred yang dikenalpasti telah digunapakai oleh peniaga gaharu di Malaysia. Gred kayu yang berkualiti tinggi biasanya diniagakan terus tanpa diproses terlebih dahulu kerana harganya yang tinggi, boleh mencapai sehingga RM15,000.00 sekilo (Peniaga gaharu). Walaubagaimanapun gred kayu untuk diproses secara ringkasnya dikelaskan seperti berikut Gred 1 C1 RM100.00 Gred 2 C2 RM70.00 Gred 3 C3 RM50.00 gred 4 C4 RM30.00 dan Gred 5 C5 RM5.00

Aspek Ekonomi Gaharu

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh CITES, terdapat 20 negara yang terlibat di dalam perdagangan gaharu dan Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar atau pengeksport terbesar gaharu. Menurut perangkaan dari tahun 1995 hingga 1997, Malaysia telah mengeksport sejumlah 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak). Dari jumlah ini sebahagian besarnya adalah dieksport ke Singapura dan sedikit ke Taiwan dan Negara-negara Timur Tengah. Walaubagaimanapun, jumlah ini dipercayai sangat jauh rendah dibandingkan dari jumlah sebenar hasil gaharu yang dikeluarkan dari hutan-hutan Malaysia berdasarkan maklumat yang diperolehi sendiri oleh para penyelidik MINT.

Penghasilan resin

Penghasilan gaharu daripada batang pokok Karas tidak begitu difahami oleh kebanyakan orang. Pada kebiasaannya penghasilan gaharu adalah disebabkan oleh:
• beberapa kecederaan pokok atau tindakbalas ‘immune’ oleh pokok yang cedera atau mengalami stress.
• serangan kulat.
• kedua-dua dari kecederaan pokok dan serangan kulat. Seeara prinsipnya, 2 kaedah dalam pengeluaran
gaharu telah djkenalpasti iaitu:-
• kaedah konvensional (melibatkan takikan parang).
• kaedah bukan konvensional (melibatkan inokulasi buatan atau inoculant) .

Kawasan tumbuhan di Malaysia

Keputusan daripada Inventori Hutan Nasional 4 (NFI-4) yang telah dijalankan pada tahun 2002 menunjukan taburan stok Karas (Aquilaria spp.) adalah sebanyak 3.06 juta pokok dengan anggaran isipadu 1.83 juta m3 dari saiz kebesaran 15 em diameter dan ke atas. Keputusan daripada inventori ini juga menunjukkan peratus yang tinggi pada pokok bersaiz diameter perepang 15 cm- 45 cm iaitu 95% bilangan pokok daripada kesemua pokok yang dibanci dan lebih kurang 66.8% jumlah isipadu pokok karas di keseluruhan Sem. Malaysia. Bagi kesemua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan menunjukan jumlah stok anggaran bilangan pokok Karas yang tertinggi manakala negeri Pahang pula tertinggi anggaran dari segi isipadu pokok Karas.

LATAR BELAKANG GAHARU

Maklumat botani

Gaharu dihasilkan daripada pokok Aquilaria spp. yang tergolong dalam famili Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 4O meter tinggj dan diameter sehingga 60 cm dengan batang berbentuk sederhana lurus. Dilaporkan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil dalam pengeluaran gaharu. Di Malaysia, terdapat 5 spesies sahaja iaitu Aquilaria hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. malacensis dan A. microcarpa yang tumbuh di kawasan tanah pamah hingga ke ketinggian 750 m dari aras muka laut. Kesemua spesies ini adalah penting dalam industri gaharu. Lain-lain nama yang digunakan merujuk kepada gaharu adalah : agarwood dan eagle wood (English); “Agor” (Bangladesh); “akyaw’ (Myanmar); “calambour (French); “adlerholz” (German); “alim” (Sumatran); “Kanakoh” (Vietnam); “Gh’lng Kui Hsiang” (Chinese).



PENGENALAN GAHARU


Gaharu
adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau stress samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin dalam pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan

pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi Menyedari tentang potensi gaharu sebagai satu sumber ekonomi baru di Malaysia terutamanya kepada penduduk luar bandar, Nuklear Malaysia sebagai sebuah pusat penyelidikan telah mengambil langkah-langkah proaktif menjalankan penyelidikan berteraskan teknologi nuklear ke atas bahan ini.